Tuesday, 11 August 2015

Berita hari ini

Utaranews.com - Ku Li mahu semua Menteri bantu Najib lawan fitnah pembangkang.
http://www.utaranews.com/2015/08/ku-li-mahu-semua-menteri-bantu-najib.html

Utaranews.com - Umur 90 tahun, Mahathir terlupa Tuhan kerana sibuk nak jatuhkan Najib.
http://www.utaranews.com/2015/08/umur-90-tahun-mahathir-terlupa-tuhan.html

Utaranews.com - Tips Berguna Untuk KJ Sebelum Mahu Digelar Sebagai 'HERO'...
http://www.utaranews.com/2015/08/tips-berguna-untuk-kj-sebelum-mahu.html

Utaranews.com - Umat Islam dan bangsa melayu jangan jadi kufur nikmat..
http://www.utaranews.com/2015/08/umat-islam-dan-bangsa-melayu-jangan.html

Utaranews.com - Mahathir makin lupa diri.. Betul kah hanya dia layak dijadikan contoh??
http://www.utaranews.com/2015/08/mahathir-makin-lupa-diri-betul-kah.html

Utaranews.com - Wan Azizah bagi petua untuk bini Muhyiddin jaga suami..
http://www.utaranews.com/2015/08/wan-azizah-bagi-petua-untuk-bini.html

Utaranews.com - Mahathir lebih takutkan Najib berbanding Tuhan?
http://www.utaranews.com/2015/08/mahathir-lebih-takutkan-najib.html

Utaranews.com - TMJ puji Khaled Nordin sebab berani melawan dalam UMNO??
http://www.utaranews.com/2015/08/tmj-puji-khaled-nordin-sebab-berani.html

Utaranews.com - Nurul Izzah gelar Najib sebagai Diktator
http://www.utaranews.com/2015/08/nurul-izzah-gelar-najib-sebagai-diktator.html

Utaranews.com - Mahathir tetap mahu lantik Muhyiddin jadi Perdana Menteri.
http://www.utaranews.com/2015/08/mahathir-tetap-mahu-lantik-muhyiddin.html

Utaranews.com - Dimana Keyboard Warrior parti Komponen BN bila Perdana Menteri diserang??
http://www.utaranews.com/2015/08/dimana-keyboard-warrior-parti-komponen.html

Utaranews.com - Penyokong Muhyiddin buat laporan Polis terhadap blogger..
http://www.utaranews.com/2015/08/penyokong-muhyiddin-buat-laporan-polis.html

Friday, 7 August 2015

Cerita Ceritera

Terpulang..nilailah sendiri...

http://www.malaysia-today.net/muhyiddin-was-not-sacked-because-of-1mdb/

Tuesday, 4 August 2015

Dana

Sekadar perkongsian...

LIM KIT SIANG sungguh istiqomah dan determined untuk menawan Malaysia.  Buku Time Bombs in Malaysia harus dibaca secara tersirat. Sejak 70an lagi semua kerajaan buat tak betul – korup dan tak cekap. Erti kata kerajaan pimpinan Melayu ini bodoh! Sampai hari ini DAP masih menanam kepercayaan itu sampaikan anak anak Melayu pun dah tak sanjung pemimpin pemimpin Melayu!

SAYA selalu ingatkan orang kita jaga-jaga dengan DAP. Mereka penuh dengan muslihat. Mereka licik.

Gerak-geri mereka kini bukan macam dulu semasa tiada kuasa. Mereka kini cukup strategik.

Penasihat  mereka hebat-hebat. Bukan dari dalam negara saja, dari luar pun ada. Mereka cukup determined untuk perintah Malaysia. Negara lain yang baik dengan parti itu pun mahu melihat regime change ini berlaku.

Semasa orang-orang kita sengketa sesama sendiri, DAP bergerak ke sana ke mari.

Sehinggakan ke Mesir pun mereka pergi membawa ideologi “sama-rata” dan mempersoalkan mengapa terlalu ramai pelajar Melayu  belajar perubatan di sana. Mengapakah tiada bangsa lain? Mengapa DAP tiba-tiba beria-ia mahu ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan kita di Kaherah?

Dengan konfiden mereka ke Kelantan pula memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said, ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!

Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itulah pun yang DAP mahu lihat.

Pasma, pecahan Pas dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya Pasma?

Hakikatnya dalam politik Malaysia ini hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan Pas.

Jika tidak boleh pecahkan UMNO, pecahkan Pas.

Yang pasti DAP cukup marah kerana geng-geng mereka kalah habis dalam Pas. Mat Sabu gagal menjalankan misinya.

Yang bersungguh-sungguh sangat mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.

Terus terang saya katakan, saya cuak dengan mereka semua.

Mereka sedang membuat satu strategi perang yang cukup mengelirukan.

Tentera semut sedang bekerja

Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan muka selamba akan terus menerus berkata kepada para pengundi “kami susah mahu menumbangkan  BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.

DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara pun bukan asyik tidur sahaja. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!

Operasi perang saraf reverse-psychology mereka cukup  halus. Mereka cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU-14. Malaysia mesti ditawan.

Semasa UMNO, BN, kerajaan dan pucuk pimpinan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan isu 1MDB, mereka sedang mengatur langkah. Isu ke mana perginya wang berbilion-bilion dalam Selangor Inc. dilupakan sama sekali.

Rafizi, Tony Pua diberi peranan mengharuhurakan keadaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif — secara senyap.

Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati jangan seronok sangat ya.

Semut-semut itu dan jeneral-jeneralnya bekerja 24/7, termasuk dari dalam penjara!!

Monday, 3 August 2015

Derma?

sekadar dikongsi dari whatsaap...

KENAPA AKAUN PM DAN BUKAN AKAUN PARTI

1. Menerima sumbangan untuk dana politik tidak salah d sisi undang undang negara ini. Cadangan SPRM untuk wujudkan undang2 istihar sumbangan kepada parti politik telah ditolak oleh DAP walaupun UMNO setuju. Yg salah nya klu penyumbang dapat balasan saperti projek atau peluang perniagaan dari kerajaan. Dlm isu ni, penyumbang tidak berminat untk dapat apa-apa balasan. Mereka hanya mahu pastikan agar kerajaan Islam Melayu/Bumiputra boleh dipertahan sekaligus dapat mengekang aktiviti ISIS dan militan.

2. Syarat penyumbang dari Timur Tengah tersebut hanya mahu sumbang melalui PM secara persendirian kerana tidak mahu identiti penyumbang diketahui umum. Maka akaun peribadi dibuka khas untk tujuan penyaluran dana aktiviti parti dan pilihanraya, kemudiannya ditutup selepas itu.

3. Kalam dimasukkan ke dalam akaun amanah sudah pasti identiti penyumbang akan terdedah dan diketahui umum, ini tidak dipersetujui oleh penyumbang.

4. Dlm isu ini, PM tidak melaku apa apa kesalahan disisi undang undang.

FAKTA TAMBAHAN

1. Selama ini DAP, PKR & PAS memang menerima ratusan juta malah billion ringgit sumbangan dana politik, tapi oleh kerana undang-undang negara ini tidak memerlukan ianya diistihar dan juga tidak perlu maklum sumber atau penyumbang nya, maka ianya tidak diketahui umum dan tidak menjadi isu.

2. Maka bila UMNO menerima sumbangan dana politik, tidak ada sebab ianya perlu dihebah kepada umum. Tapi malangnya, ada org dalam saperti bekas pemimpin yg telah mendedahkan perkara ini kpd pengetahuan umum. Lebih malang lagi pendedahan tersebut dibuat secara 'half truth' (separuh benar) yg menyebabkan pelbagai tafsiran sehingga menjadi isu negatif yg besar terhadap UMNO dan pemimpinnya. Sgt tidak beretika untk bekas pemimpin tersebut mendedahkan rahsia parti.

3.  Adakah mungkin antara sumber derma kpd  DAP berkait dgn CIA, Isreal (Yahudi) atau lain lain yg boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap DAP?Mungkin ini lah sebabnya DAP menolak sekeras kerasnya untk gubal akta tersebut.

Wallahuallam
[8/4, 13:52] otontorito@jey: Kenyataan media oleh Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan

Dikeluarkan pada 4 Ogos 2015
Untuk siaran segera

1MDB bebas tuduhan

“1MDB menyambut baik kenyataan yang jelas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengesahkan bahawa tiada dana daripada 1MDB dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Kami sentiasa menyatakan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan media pada 3 Julai 2015, dengan keyakinan bahawa kebenaran akan terbukti.

Bagi berterusan menyatakan sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dalam blognya semalam, merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan percubaan secara sengaja untuk menjejaskan syarikat.

Ini meskipun 1MDB telah mengeluarkan ringkasan penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun 2015, yang merupakan maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Sekali lagi kami berkongsi di sini dua infografik ringkasan tersebut.

English Version

Media statement by Arul Kanda, 1MDB President and Group Executive Director

Issued on 4 August 2015
For immediate publication

1MDB cleared

“1MDB welcomes the clear statement from the Malaysian Anti-Corruption Commission, which confirms that no funds from 1MDB were transferred to the Prime Minister.

We have always maintained that the company has never provided any funds to the Prime Minister as per our media statement on 3 July 2015, confident that the truth will prevail.

To continue to suggest otherwise, as PKR secretary-general Rafizi Ramli did in his blog yesterday, is highly irresponsible and a deliberate attempt to undermine the company.

This is despite 1MDB publishing  on 3 June 2015 a summary of what the RM42 billion debt has been used for, information that is fully disclosed in 1MDB's audited and publicly available accounts from 31 March 2010 to 31 March 2014.

We reproduce here the two infographics of the summary.”

Monday, 6 July 2015

Rasuah!

buletin: Rasuah Besar PBT Selama Perak dan JPS Selama! Kenapa SPRM Buta Mata? - http://buletinsengal.blogspot.com/2015/07/rasuah-besar-pbt-selama-perak-dan-jps.html?m=1

Thursday, 16 April 2015

Renungan bersama...

T  A  Z  K  I  R  A  H
(UsaH  BersediH )

~ AndaiKata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg ada talian kekeluargaan dengan kamu...
UsaH  BersediH...

* Ingatlah peristiwa Nabi Yusuf AS, yg dikhianati oleh saudara2nya..

~ AndaiKata ibu bapa kamu atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan diatas jalan kebenaran...
UsaH  BersediH...

* Ingatlah peristiwa Nabi Ibrahim AS, yg dihumban ke dalam api..

~ AndaiKata kamu buntu didalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar...
UsaH  BersediH...

* Ingatilah kisah Nabi Yunus AS, yg terperangkap di dalam perut ikan...

~ AndaiKata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu...
UsaH  BersediH...

* Ingatlah kisah Nabi Musa AS, yg tidak dapat bertutur dengan sempurna...

~ AndaiKata kamu didatangi penyakit dan seluruh anggota badan kamu dilanda kesakitan...
UsaH  BersediH...

* Ingatilah kisah Nabi Ayub AS, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya...

~ AndaiKata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia disekeliling kamu...
UsaH  BersediH...

* Ingatilah kisah Aisyah RA, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

~ AndaiKata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu...
UsaH  BersediH...

* Ingatilah kisah Nabi Adam AS, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa...

~ AndaiKata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri, lantaran kamu memilih agama dan kehidupan Akhirat...
UsaH  BersediH...

* Ingatilah kisah Nabi Muhammad S.A.W, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

SUBHANALLAH...

MASYAALLAH...

ALLAHUAKBAR...

# ALLAH mewujudkan personaliti yg hebat-hebat ini sebelum kita dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran; dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti kita, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata...

" KeNaPa  AkU ? "

Friday, 10 April 2015

JIN

BERIMAN KEPADA YANG GHAIB

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas’ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya “yang tersembunyi” atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”. Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

AWAL PENCIPTAAN JIN

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.

Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing dilubang.” (HR. An-Nas’i)

KERAJAAN IBLIS

* Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :

* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

* Yang ketiga, namanya ialah Al-A’war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A’war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, “Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A’war, Maswath dan Zalnabur.”

sekadar berkongsi....sekiranya tidak tepat maafkan saya...dan sekiranya tepat semoga ilmu ini bermanfaat kepada pembaca blog saya...

Monday, 30 March 2015

Panduan GST

Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?

1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my

2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.

3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST, dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan tertera nombor tauliah GST pada resit tersebut. Jika tiada atau anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang dan harga. Jangan lupa ambil gambar kedai dan peniaga tersebut. LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.

6. PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, MEREKA BAKAL DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.

7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.

8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan KPDNKK di talian 03-88826245. Pastikan bukti DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

9. Pastikan anda sentiasa mengemas kini info GST melalui laman sesawang
i.  gst.customs.gov.my
ii. www.kpdnkk.gov.my

Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang
i.  www.ppim.org.my
ii. www.nccc.org.my

JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI MEMBANTERAS GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

Sunday, 8 March 2015

Alkisah...

MPP Online: Tolong Azankan di telinga Mahfuz.. Makin jauh dah tersesat tu.. - http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2015/03/tolong-azankan-di-telinga-mahfuz-makin.html?m=1

Tuesday, 17 February 2015

Raksaksa Gorgon

http://honeymoneyzzz.blogspot.com/2015/02/pendedahan-ts-shafie-abdullah-anwar.html?m=1

Saturday, 14 February 2015

Semoga PAS&UMNO bersatu..Insya-allah

http://theflyingkick.blogspot.com/2015/02/kenapa-teresa-kok-kalut-sangat-bila.html?m=1

Wednesday, 11 February 2015

LIWAT II

Perkongsian dari FB rakyat jelata...

Ini kenyataan yang dikeluar oleh Tan Sri Shafee Abdullah, Pendakwa Raya dalam kes Anwar Ibrahim. Macam-macam spekulasi, andaian, tuduhan dan fitnah dibuat selepas Mahkamah Persekutuan putuskan kes ini. Elok dibaca hujah Shafee dibawah. 

Keputusan Anwar Ibrahim – Kenyataan Pendakwa Raya

10hb Februari 2015

1. Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.

2. Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.

3. Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.

4. Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.

5. Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta - sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.

6. Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 - dalam erti kata lain, padanan sempurna ('full flush'). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.

7. Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.

8. Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.

9. Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

10. Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.

11. Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.

12. Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.

13. Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.

14. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.

15. Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.

16. Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat. 

17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.

18. Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

19. Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia - dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.

20. Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang.

Terima kasih

Sunday, 8 February 2015

Anwar ibrahim

Ermmm bah kusingan mangkali ini hahahahaa

http://buletinsengal.blogspot.com/2015/02/siapa-lelaki-arab-yang-menempah-bilik.html?m=1

Sunday, 1 February 2015

Friday, 30 January 2015

Seni apakah ini?

Good morning...

Ayat yang best...TERPULANG KEPADA MASYARAKAT UNTUK MENERIMA...& MASYARAKAT MALAYSIA TIDAK BOLEH MENGANGGAP (hei its up to the people to make such conclusion...you can not lure people to your own perception buddy)

Morale of this so called masterpiece be more sensitive and learn to adopt our local culture and value..

Selamat berkarya..pegila lukis muka nuar ke..lim kit siang ke sapa-sapalah...muka aku pun boleh....bye..

Thursday, 22 January 2015

Tertib menziarahi kubur

Ziarah Kubur

1.1 Tersebut  dalam  kitab  I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya.
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"                                                                            
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)

http://www.islam.gov.my/e-jenazah/ziarah-kubur

Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang. Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)                                                     

1.2 Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam.
     
1.3 Menghadiahkan  bacaan  ayat  suci  al-Quran,  terdapat  dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
i. Surah Yaasin

ii. Surah al-Ikhlas
      
iii. Surah al-Falaq             
                         
iv. Surah an-Nas

v. Surah al-Fatihah

1.4 Islam melarang  menziarah kubur. Jika menjadikan kubur itu sebagai Tawassul, memuja atau dijadikan temasya.

1.5 Berdoa kepada arwah    
Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama' (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya. Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain.
Dalilnya firman Allah s.w.t. surah  al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami."

1.6      Wanita Ziarah Kubur
Terdapat sebahagian ulama' mengatakan sunat bagi wanita menziarahi makam Rasul, Ambia, Para Ulama' dan orang-orang solih (lihat l'anah at-Thalibin)

Tuesday, 6 January 2015

The genius

http://mediaserius.blogspot.com/2014/12/serang-subuh-kuala-lumpur-ke-atas-kota.html?m=1#